reality. peace yoww!
Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta.
Biasa dengar org gaji 5k, tp pandu kereta yg instalment 1.3k-1.5k ??
biasa dengar kan....? gaji 4k pandu kereta 1k per month. pun biasa
dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg
downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga
diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni
cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato,
golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya
imej bertambah di mata org sekeliling. tapi apa yg ramai tak nampak bhw
1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan
spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi
habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta
tu.
instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400
sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta
tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he
he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand
elok ...takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin
keta tu. keta hebat takkan nak pakai brand tayar murah right?
keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai
brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. or takkan drive Camry tp
pakai tayar seken hand? malu la kat budak2 kedai tayar. hehehe....
kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. satu tayar jer dah
rm350-400 ikut brand. So byklah 'kebocoran' sana sini angkara kereta nak
hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.
kebocoran
tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3
ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai
kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila
dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling
yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan.
keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak
biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat
designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so
caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or
ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la
sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara
kereta... sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.
ramai org
suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point
B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej,
hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari
dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya &
masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn
sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression bila org tgk kita
sampai. bila attend reunion kwn sekolah cthnya, amat berbeza penampilan
bila seseorg tu sampai dgn brand new Accord berbanding Pesona. cash byk,
saham byk, emas byk, rumah byk org tak nampak. cerita pun org tak caya.
dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn
org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM.
cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila
grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so
terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi
buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun
tu krn cashflow habis ke instalment kereta & pakejnya. byklah
opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thun mesti nak tukar kereta
lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu
mula2 beli kereta umur 28, lepas pakai dua kereta umur pun dah cecah 46
tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut
pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, utk
sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur
50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang.
dan
yg paling malang..................................... byk kes berkereta
hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu.
pakai Pesona seken hand malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip
duit yg patut bg org tua tiap2 bulan. malah pinjam pulak duit org tua.
pinjaman yg liat byr balik. selalunya buat lupa nak byr balik!!!
# renungan kepada diri sendiri n kawan ! biar tak bergaya , janji berduit !!
No comments:
Post a Comment