Wednesday, June 13, 2012

Asalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu all.
Hari nie 13/june/2012 .Tanggal 5/june/2012 adalah bufday girls tok aku , genap sudah 22 tahun . Semakin tua dah pon .Dunia kata pergi ,kubur kata mari (hahaha).  Apa yang aku harap blum lagi tercapai .Hope Allah makbulkan Doa hambamu yang kerdil ini. Thank You ALLAH masih memberi aku peluang tok hidup di alam fana ini . Apa yang aku nak cume di murahkan rezeki n dipanjangkan umur . Oke balik pada cerita , aku nak story skit pasal kawan-kawan aku , ramai yang dah kawin lah , emmm jeles pon ade ,tapi tak pe aku masih belum puas nak jadi single mingle nie .(Belum Puas ke belum bersedia ) .Sebabnya banyak tanggungajawab aku sebagai seorang mukmin di muka bumi ini untuk membalas jasa-jasa orang yang membantu aku ketika aku susah n senang , sudah tentu lah korang tahu kan siapakah mereka ?? kakak dan abang iparku . Walaupon kecik jasa diorang aku sebagai adik  haruslah memikul tanggungjawab disebabkan itu lah aku belum bersedia ke alam berumah tangga lagi .(he he he). Masih terlalu awal , biarkan lah kawan-kawan dahulu dari aku nie .mybe bakal-bakal diorang masih berkerja  and berpangkat kot . Aku nie nak cari yang berpagkat mybe jauh sekali nak dapat . Cukup lah yang biasa- biasa saja . Alhamdullilah aku bersyukur sangat. Mybe aku akan ke alam berumah tangga mybe umur aku dalam 25 o 26 .kalu awai pon mybe dalam 24 kot . Nak cakap tanak kawin 2 mybe jauh sekali sebab NABI MUHAMMAD SAW tak mengaku umat nnti . Memang banyak dugaan n rintangan nak dilalui selagi blum mencapai umur tahap tu kan . Salah satunya terpaksa lah sabar,sabar n bersabar  dengan karenah masing-masing .Biasa lah darah muda nie macam-macam nak buat perangai kan.(muda lagi ) .Cube bayangkan nak kluar tak bagi , nak lepak-lepak tak bagi .hanya duduk rumah ,kemas rumah ,memasak ,basuh itu ini . Aduuhh apa lagi nak buat .kalu boring-boring nak gak keluar kan .Hilangkan Tension ke .Bukan ngn kawan-kawan lelaki pon . Aishh malas la nak pk sume nie .TETAPI ade hikmah jugak sume nie terjadi ,sebabnya aku harapkan perubahan pada diriku ini . Yang baik ke arah lebih baik ,Harap paham-paham je lah .Mybe ALLAH dah bagi HINT kat aku suruh berubah .ALHAMDULLILLAH . (kepada kawan-kawanku aku mintak maaf sbb tak dapat nak luangkan masa dengan korang2 sume ,kalu nak melepak terus datang rumah aku , lepak dalam rumah pon oke) .Lastly Aku terpaksa bersabar selagi aku masih single mingle nie .Dah kawin tape bakal suami tolong jagakan .Hope dapat Suami yang sporting lah n memahami . Jauhnya tersasarkan , sume orang ade impian , so apa lagi ,selagi ade masa nie aku akan teruskan impian aku ni .

Sekian . 
Senyum ta perlu kata apa . 
walaupon banyak dugaan tetap senyum
Senyum :)) .
Senyum :))

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

Asalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu . Wah lame sangat2 tak berblogger ,msty da bersawang kan . hari nie nak mengshare2 la kan ,tentang tajuk di atas 2 . Nak cakap aku nie baik tidak la pulak .cume nak sebarkan sesuatu . Nak cakap benda nie tak betul tapi ade yang dah terjadi pon . oke lah renung2kan .SeLamat beramal yea :)) kalau salah harap diampun

  • Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
  •  Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.  
  • Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.                                                         
  • Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

  • Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
 
  • Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
 
  • Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
 
  • Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
 
  • Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
 
  • Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
 
  • Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

  • Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  • Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
 
  • Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
 
  • Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

  • Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
 
  • Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya
 
  • Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
 
  • Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
 
  • Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
 
  • Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
 
  • Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

try la click nie .
http://myibrah.com/22-tanda-hari-kiamat-semakin-hampir

YA ALLAH , jadikan lah Hambamu ini seorang yang beriman kepadamu . Tetapkan iman hambamu ini dunia hingga ke akhirat